“Macam tahu-tahu je ada pesaing” – Abang Bomba Kembali Mencuri Tumpuan, Bawa Sepanduk Lucu Tarik Perhatian

Entertainment
31 Aug 2024 • 11:44 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setiap tahun, perarakan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya pasti menjadi tumpuan rakyat Malaysia.

Manakan tidak, inilah satu-satunya hari di mana rakyat Malaysia boleh memberi penghargaan, terutamanya kepada pasukan badan beruniform yang banyak berjasa kepada negara.

Tahun ini, Hari Kebangsaan membawa tema ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’ dengan harapan ia dapat menyerlahkan semangat kebersamaan merentas segenap lapisan masyarakat, mencerminkan perpaduan rakyat Malaysia.

Namun, tidak lengkaplah jika perarakan tidak diserikan oleh ‘bintang utamanya’ – Abang bomba!

Tahun ini, raptai perarakan Hari Kebangsaan turut sama menampilkan abang JPJ dan abang polis yang turut menampilkan anggota ‘sado’, seakan-akan mahu bersaing dengan populariti abang bomba.

Manakan tidak, hampir setiap tahun pasukan bomba yang menyertai perarakan mendapat sorakan dan tepukan gemuruh daripada para penonton.

Bagaimanapun, abang bomba nampaknya selangkah ke hadapan apabila turut serta dalam perarakan sambil memegang sepanduk bertulis ‘kenapa pilih dia, abang bomba kan ada…’

Perkara tersebut bukan sahaja telah membuatkan netizen tercuit hati, ia juga seakan-akan abang bomba ‘sedar’ tahun ini ada banyak saingan!

image is not available
Tangkap layar video tiktok yang menunjukkan abang bomba bersama sepanduknya pada perarakan hari ini.

Tahun ini, sambutan kemerdekaan negara diwarnai oleh perbarisan dan perarakan melibatkan lebih 17,000 peserta, 59 kontinjen, 24 pasukan pancaragam serta 439 aset ketenteraan.

Difahamkan, persembahan yang menampilkan grafik manusia yang melibatkan hampir 2,000 orang pelajar juga dikatakan telah berlatih dua bulan lamanya untuk persembahan tersebut.

Meriah betul sambutan tahun ini kan!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.