“Macam Tapai Dah, Bergas & Berlendir” – Bagi Rating 2/10, Syedot ‘Reviu’ Jeruk Mangga Aliff Syukri

LocalFood
10 Feb 2025 • 10:35 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, personaliti media sosial yang juga merupakan usahawan berjaya, Datuk Aliff Syukri sering kali dilihat membuat pelbagai perniagaan daripada produk komestik kepada produk makanan.

Sedap atau tak jeruk mangga Aliff Syukri?

Terbaru, Aliff Syukri memperkenalkan perniagaannya yang terbaru iaitu menjual jeruk mangga yang telah membuatkan ramai ‘terliur’ kerana dilihat sangat sedap.

Tampil menjadi wakil bagi pihak netizen, pempengaruh makanan iaitu Syedot memuat naik satu video memaparkan dirinya berasa ‘kecewa’ dengan jeruk mangga yang dijual oleh usahawan itu.

‘Rating 2/10, bergas dan berlendir’

Dakwa Syedot, packaging jeruk yang dibeli berada dalam keadaan kembung sewaktu di hantar ke lokasi yang diminta.

Gas dia memang banyak jadi saya terus campak dalam peti ais bagi sejuk, barulah ia mengecut.

Selepas memakan jeruk berkenaan buat pertama kali, Syedot berkata dirinya tidak boleh meneruskan untuk makan kerana terlalu berasid, malah sudah berbau dan tidak boleh dimakan lagi.

Maaf cakap, rating 2/10. Dia dah jadi macam tapai dah. Bergas dan berlendir.

image is not available 3 months ago

"Selama 18 Tahun Bersama.." - Andai Isteri 'Pergi' Dulu, Aliff Syukri Akui Akan Kekal Setia & Tidak Akan Berkahwin Lagi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved