“Macam tu je laki buat kawan” – Abang Polis Baik Hati Boncengkan ‘Rider’ Untuk Hantar Makanan

Entertainment
26 Jun 2024 • 11:57 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebelum ini, banyak cerita mengenai anggota polis yang sudi membantu orang awam yang ditimpa musibah di jalan raya.

Terbaharu, ada seorang rider penghantar makanan yang sempat membuat video dirinya dibantu oleh seorang anggota polis ketika hendak menghantar makanan.

Rider tersilap blok, abang polis tolong boncengkan

Menerusi hantaran video oleh @arifaimanahmad di TikTok, dia pada ketika itu sampai di sebuah blok untuk menghantar makanan yang telah dipesan. Tidak pasti dengan lokasi itu, dia terus bertanya kepada seorang anggota polis yang berada berhampiran.

Kata polis itu, lokasi sebenar untuk mengantar makanan itu berada jauh dari blok tersebut dan memerlukan rider itu untuk menunggang motosikalnya semula.

Tiba-tiba, anggota polis itu sendiri offer untuk boncengkan penghantar makanan itu ke blok yang sepatutnya.

Kalau nak naik dengan saya boleh juga.. Jom! Alang-alang nak naik motor…

Teruja dengan tawaran itu, rider tersebut terus menaiki motosikal anggota polis berkenaan. Dalam perjalanan mereka ke lobi yang betul, mereka sempat berborak bersama-sama.

Tanpa diminta, anggota polis berkenaan juga menunggu di luar lobi sementara rider tersebut menghantar makanan yang dipesan oleh pelanggan. Selepas itu, anggota polis berkenaan turut membonceng rider itu pulang ke lobi asal.

“Macam tu je laki buat kawan?”

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat mereka berdua berborak seperti kawan lama. Walaupun bertemu hanya seketika, nampak anggota polis itu tidak kekok untuk menyantuni rider tersebut.

image is not available

Kelakar betul tengok diorang sembang.. dah macam member kenal lama!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.