MacBook Air M2 Dengan Skrin Bertakuk Boleh Ditempah Di Malaysia Bermula 8 Julai

TechnologyDigital
6 Jul 2022 • 9:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Apple kini mengemaskini halaman Apple Store Malaysia, dan telah mula memaparkan yang mana pengguna tempatan boleh membuat tempahan untuk MacBook Air dengan cip pemprosesan terbaru Apple M2 bermula Jumaat ini.

Apple mengatakan tempahan boleh dilakukan bermula pukul 8 malam waktu tempatan, pada 8 Julai 2022 kelak.

image is not available

MacBook Air M2 membawakan kemaskini pada prestasi yang lebih berkuasa, disamping rekaan yang dikemaskini. Ia kini membawakan rekaan skrin bertakuk, selain turut menyertakan port pengecasan berasaskan magnetik, iaitu MagSafe. MacBook Air generasi baharu ini turut membawakan sokongan audio lebih baik, disamping kemaskini kamera 1080p.

image is not available

Di Malaysia, MacBook Air ditawarkan dalam dua variasi – perbezaan utama pada GPU. Versi asas ditawarkan pada harga RM5499 untuk GPU 8-teras, sementara versi asas dengan GPU 10-teras pada harga bermula RM6699.