MacBook Air Mula Mengalami Isu Kekurangan Stok Kerana Krisis RAM

TechnologyDigital
3 Aug 2026 • 11:58 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

MacBook Air Mula Mengalami Isu Kekurangan Stok Kerana Krisis RAM

Sudahkah anda mencuba membeli MacBook Air daripada stor atas talian Apple? Jika ya anda pasti menyedari tempoh menanti untuk mendapatkan model paling asas adalah sehingga minggu sementara untuk model dengan RAM serta storan lebih besar ia mencecah 5 minggu.

Image from: MacBook Air Mula Mengalami Isu Kekurangan Stok Kerana Krisis RAM

Menurut laporan Bloomberg, isu kekurangan stok kini mula dihadapi oleh MacBook Air selepas sebelum ini menghantui Mac Studio dan Mac Mini. Kekurangan bekalan RAM menyebabkan tempoh menanti untuk MacBook Air yang dahulunya beberapa hari ini meningkat ke beberapa minggu.

Dalam laporan kewangan yang diterbitkan minggu lalu, Tim Cook berkata mereka masih mempunyai bekalan memori yang mencukupi kerana membelinya secara pukal. Tetapi selepas September, isu bekalan akan mendatangkan impak.

Ini bukanlah berita baik untuk semua kerana Samsung dan SK Hynix kedua-duanya mengatakan isu bekalan RAM akan semakin serius pada tahun 2027. Samsung menjangka ia akan selesai 2028 tetapi SK Hynix pula berkata menjelang 2030. Selagi isu RAM belum selesai, harga peranti terus naik dan waktu menanti untuk mendapatkan peranti semakin panjang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved