Steam Machine baru sahaja mula dijual beberapa minggu lalu, dan ia bukanlah satu isu yang mengejutkan sekiranya terdapat pengguna yang menghadapi masalah dengan penggunaannya, dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
Itulah apa yang berlaku kepada seorang pengguna di Reddit yang melaporkan bahawa beliau menghadapi masalah lampu LED yang menyala lampu merah apabila mahu menggunakannya. Mesej ralat yang diperlihatkan oleh Steam Machine ialah ia berkaitan dengan isu cip pemprosesan grafik yang terbina di dalam konsol tersebut.

Dia dilaporkan telah mencuba pelbagai jenis cara untuk memperbaiki isu tersebut, tetapi telah hampir berputus asa apabila pihak perkhidmatan pelanggan perkakasan Steam telah hadir dengan langkah-langkah yang boleh diambil untuk membetulkan isu tersebut.
Comment
byu/me_hill from discussion
insteammachine
Menurut mereka, isu lampu merah ini secara lazimnya memperlihatkan kepada isu power-cycling yang memerlukan pengguna untuk set semula bateri CMOS yang terbina didalam konsol tersebut. Proses yang dicadangkan oleh akaun perkhidmatan pelanggan tersebut dilihat memakan sedikit masa kerana memori konsol tersebut perlu dimuatkan dengan maklumat-maklumat berkenaan konsol tersebut sebelum ia boleh digunakan semula.
Pengguna Reddit tersebut mengatakan bahawa konsol tersebut kini boleh digunakan semula selepas menutup konsol tersebut dan mencabutnya dari plug kuasa semalaman, sebelum memulakannya semula pada hari yang berikutnya.





