Rekaan Vivo X100 Pro Diperlihatkan Dengan Bonggol Kamera Gergasi

TechnologyDigital
31 Oct 2023 • 7:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Rekaan Vivo X100 Pro telah diperlihatkan secara rasmi oleh Boxiao Han, pengurus produk Vivo menerusi laman rasmi Weibo beliau hari ini. Seperti kesemua peranti mercu moden di pasaran, X100 Pro juga dilengkapi saiz bonggol kamera yang cukup besar. Setanding dengan bonggol pada Oppo Find N3 dan Xiaomi 13 Ultra. Berdasarkan imej X100 Pro akan dilengkapi sistem kuad-kamera.

image is not available

Ini dipadankan kepada pemproses Snapdragon 8 Gen 3 dan memori sekurang-kurangnya 12GB RAM menurut markah penanda aras yang tertiris sebelum ini. Panel kaca di belakang peranti ini unik kerana mengambil inspirasi daripada pergerakan bintang-bintang di langit. Akhir sekali penggunaan lensa Zeiss juga dikekalkan pada model terkini siri ini. Masih belum diketahui bila X100 Pro akan dilancarkan secara rasmi dan lebih penting sekali ialah sama ada ia akan ditawarkan di Malaysia ataupun tidak.