macOS Tahoe 26 Dilancarkan Dengan Live Activities dan Panggilan Telefon

TechnologyDigital
10 Jun 2025 • 1:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bagi pengguna Mac, pagi ini macOS Tahoe 26 telah dilancarkan dengan beberapa ciri yang boleh dikatakan tidak disangka akhirnya tiba ke macOS. Ini kejutan kedua selepas iPadOS 26 menerima beberapa ciri yang selama ini hanya ditawarkan macOS. Seperti kesemua sistem operasi baharu yang diumumkan di WWDC, antaramuka macOS Tahoe 26 menggunakan elemen seakan permukaan kata lutsinar.

image is not available

Perubahan pertama ialah Live Activities kini tiba ke macOS selepas sekian lama hanya disokong di iPhone. Live Activities diletakkan dalam palang menu di bahagian atas skrin dan apabila ditekan akan membuka skrin mini iPhone menerusi ciri iPhone Mirroring.

image is not available

Control Center diberikan nafas baharu dengan ia kini sama seperti yang digunakan di iOS dan iPadOS. Penyeragaman sistem operasi yang dilakukan oleh Apple tahun ini bukan sekadar rekaan berkaca dan nombor tetapi juga elemen antaramuka. Seperti di iOS dan iPadOs, elemen dan widget di Control Center baharu ini boleh diperibadikan dan diubah saiz mengikut kehendak pemilik. Tidak terhenti di situ, kemampuan mengubah rona warna ikon mengikut kehendak pengguna juga diberikan seperti di iOS.

image is not available

Buat pertama kali juga panggilan telefon boleh dilakukan terus daripada macOS. Selama ini hanya menjawab panggilan telefon boleh dilakukan. Sekali lagi ini adalah menerusi tambatan kepada iPhone dam akhirnya aplikasi Phone ditawarkan di macOS.

Apple Games pula adalah aplikasi baharu yang menempatkan kesemua permainan video yang dipasang pada Mac. Tetapan permainan video dan menjemput rakan untuk menyertai sesi permainan boleh terus dilakukan dalam aplikasi tanpa pengguna keluar daripada permainan.

image is not available

Spotlight dikemaskini dengan carian yang lebih relevan. Aplikasi boleh dicari bukan sahaja yang terpasang pada PC tetapi juga pada iPhone. Lebih menarik Spotlight boleh mencari kandungan menu aplikasi yang sedang dibuka. Mislanya anda mungkin mencari tetapan mengubah saiz objek dalam Photoshop tetapi tidak menjumpainya. Buka Spotlight dan ia akan terus memberikan singkatan ke ciri yang dijumpai tadi.

image is not available

Kesemua ciri-ciri ini disokong pada model komputer Mac di bawah. Harus diingatkan macOS Tahoe 26 ialah yang terakhir akan menyokong Mac yang menggunakan cip pemproses Intel.

Berikut ialah senarai Mac yang akan disokong macOS Tahoe 26.

  • MacBook Air dengan Apple silicon (2020 dan kemudian)
  • MacBook Pro dengan Apple silicon (2020 dan kemudian)
  • MacBook Pro (16″, 2019)
  • MacBook Pro (13″, 2020, 4x port Thunderbolt )
  • iMac (2020 dan kemudian)
  • Mac mini (2020 dan kemudian)
  • Mac Studio (2022 dan kemudian)
  • Mac Pro (2019 dan kemudian)