Macron Bangga Dengan Kejayaan Perancis Melangkah Ke Final Piala Dunia

15 Dec 2022 • 10:36 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kolo Muani menjaringkan gol kedua Perancis. - Gambar dari Twitter FIFA World Cup

BERLIN - Presiden Perancis Emmanuel Macron bangga selepas Perancis sekali lagi berjaya melangkah ke final Piala Dunia 2022 selepas menewaskan Maghribi dalam pusingan separuh akhir pada Rabu, lapor Agensi Akhbar Jerman, dpa.

Macron turut menonton perlawanan itu di Stadium Al Bayt yang menyaksikan pasukan Didier Deschamps menewaskan Maghribi 2-0, hasil jaringan Theo Hernandez dan Randal Kolo Muani.

Perancis akan bertemu Argentina dalam pertembungan akhir pada Ahad.

Juara bertahan itu muncul negara pertama mara ke final berturut-turut sejak pencapaian yang direkodkan Brazil.

Macron turut meluangkan masa bertemu para pemain dan jurulatih di bilik persalinan selepas perlawanan.

“Kita banyak mengharungi derita tetapi kita dapat melihat satu pasukan yang hebat.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada jurulatih dan pasukan ini terhasil daripada gabungan beberapa generasi dan itulah yang menjadikan ia pasukan hebat.

“Kami membawa balik piala dan Deschamps perlu terus kekal. Pasukan Perancis telah membuatkan saya sangat bangga,” kata beliau. - Bernama