Madam Mariyah Nasihat Golongan Isteri Jaga Kecantikan & Penampilan – “Duduk Rumah, Bangun Tidur Pun Kena Cantik”

EntertainmentLifestyle
26 Aug 2025 • 11:31 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Usahawan yang dikenali sebagai Madam Mariyah menasihat wanita yang menjaga kecantikan selepas mendirikan rumah tangga bagi menambat hati suami.

Menurutnya yang sebelum ini terkenal dengan panggilan ‘Mak Cik Kemboja’, penampilan itu bukalah sekadar untuk dipandang oleh orang luar tetapi juga tanda penghargaan terhadap pasangan.

Tambah usahawan berusia 50 tahun itu, kecantikan dan penampilan seorang isteri tidak seharusnya dipandang ringan kerana ia adalah aset penting untuk mengukuhkan hubungan.

Perempuan wajib jaga kecantikan kerana diri kita (wanita) berharga. Kalau ada suami anggap isteri tidak cantik atau tidak mahu pada isteri, lelaki lain akan pandang. Walaupun duduk di rumah, kecantikan harus dijaga. Bangun tidur pun kena cantik, kalau tak cantik, jangan bangun tidur.

Dalam pada itu, Madam Mariyah berkata dia tidak mahu terus dikenali sebagai Mak Cik Kemboja kerana enggan dikaitkan lagi dengan gelaran yang lama itu.

Saya nak orang kenal dengan Madam Mariyah. Saya makcik ke? Lupakan makcik itu, saya belum tua. Bukan tak suka, cuma kalau boleh tidak mahulah.

image is not available 2025-08-25 15:10:50

Diceraikan Ketika 'Live' TikTok, Mak Cik Kemboja Respon Kewujudan Orang Ketiga - "Isu Penyondol Itu..."