Madammu Kongsi Tips Berfesyen, Elak Pakai Hiasan ‘Pearl’ Dengan ‘Jeans’

Entertainment
9 Nov 2023 • 4:49 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Anda pernah tak rasa teragak-agak nak berfesyen kerana takut dilihat overdress? Kadang-kadang tu berdiri lama depan cermin sebab tak tahu perhiasan yang macam mana sesuai dengan outfit.

Baru-baru ini usahawan produk kecantikan dan kesihatan, Madammu telah berkongsi beberapa tips berfesyen ketika sesi live TikTok bersama penonton.

Pearl ‘tak masuk’ dengan moden

Menurut pengasas jenama Noir itu, tak semua perhiasan sesuai dipakai dengan outfit yang kita pilih. Contohnya, hiasan mutiara ataupun pearl tidak sesuai dipakai bersama seluar melainkan seluar itu adalah potongan palazo.

Elakkan juga memakai perhiasan mutiara dengan fesyen ranggi seperti seluar jeans.

I kalau tengok orang pakai pearl dengan seluar jeans… tolonglah jangan pakai macam tu! – Madammu

Tambah Madammu, hiasan mutiara hanya sesuai dipakai dengan fesyen feminin seperti baju kurung.

Pearl always go dengan classic. Baju kurung kedah, baju kurung… yang feminin.. yang lembut-lembut. Jangan pernah sesekali pakai pearl dengan seluar jeans. Salah!

Jangan jadi mangsa fesyen

Dia juga berpesan kepada penonton live itu supaya berhati-hati ketika berfesyen takut dianggap sebagai ‘mangsa fesyen’.

Kalau anda perasan, hiasan pearl ini kebiasaannya dipakai bersama outfit yang longgar dan feminin terutamanya ketika majlis rasmi.

Video yang dimuat naik oleh @zueraidah_noir ini telah mendapat pelbagai daripada reaksi netizen. Rata-rata daripada mereka bersetuju dengan pendapat Madammu ini.

image is not available

image is not available image is not available

Betul jugak Madammu cakap ni!

Sumber: TikTok

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.