Madammu Sedih Baca Berita Bayi Meninggal Tersedak Susu, Sanggup Bayar Dua CL Jaga Anak

LocalFamily & Parenting
12 Feb 2025 • 11:05 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
madammu

Usahawan terkenal Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri meluahkan rasa sedih apabila membaca berita mengenai bayi meninggal dunia disebabkan tersedak susu.

Dalam satu perkongsian video di Instagram, Madammu mengakui bahawa sejak bergelar seorang ibu, jiwa semakin sensitif dan mudah tersentuh.

Ketakutan Madammu sejak hari pertama Kayden lahir

Katanya, sejak hari pertama anaknya, Kayden dilahirkan perkara yang paling menakutkan baginya adalah kemungkinan si kecil tersedak susu.

Kerisauan ini membuatkan beliau mengambil langkah berjaga-jaga yang luar biasa untuk memastikan keselamatan anaknya.

Sanggup upah dua CL demi Kayden

image is not available

Tidak mahu mengambil risiko, Madammu mengambil keputusan untuk menggaji dua confinement lady (CL) bagi menjaga Kayden secara bergilir-gilir, seorang untuk siang dan seorang lagi untuk malam.

Langkah ini dibuat bagi memastikan Kayden sentiasa berada dalam keadaan selamat, terutama ketika tidur.

Tetap dikecam netizen!

image is not available

Walaupun langkah yang diambilnya itu dilakukan demi keselamatan anaknya, Madammu masih berdepan dengan pelbagai komen negatif daripada sesetengah netizen.

Ada yang mempertikaikan keputusannya menggaji dua penjaga dan menganggap ia sebagai keterlaluan. Namun, sebagai seorang ibu Madammu menegaskan dia sanggup melakukan apa sahaja.

#ApaKataOhmedia

Setiap orang ada cara tersendiri untuk membesarkan anak. Tiada salahnya jika seorang ibu berjaga-jaga untuk mengelakkan perkara tidak baik berlaku.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: TikTok @madammmmu


The post

appeared first on

.