Anak Bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah Meninggal Dunia - “Doakan Saya & Isteri Kuat Untuk Dugaan Ini”

11 Feb 2025 • 7:36 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha memaklumkan anak bongsunya, Muhammad Aisy Al Rees meninggal dunia.


Anak bongsu meninggal dunia 

Berita sedih itu disampaikan Zaquan menerusi hantaran terbaharu di akaun Insta Story miliknya pada Selasa.


 

“Salam semua... Anak bongsu kami Muhammad Aisy Al Rees Mohammad Zaquan Adha telah kembali kepada penciptanya sebentar tadi.
 
“Doakan saya dan isteri kuat untuk dugaan ini... @ayuraudhah_7,” maklumnya.

 


Bagaimanapun, punca pemergian anak bongsunya itu tidak didedahkan oleh Zaquan.


 


Untuk info, pelakon Ayu Raudhah telah melahirkan anak ketujuhnya itu pada 2 Ogos lalu dengan berat 2.3 kilogram.