Madtaqwa naik taraf ekosistem pendidikan tahfiz

22 Sep 2026 • 12:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Madtaqwa naik taraf ekosistem pendidikan tahfiz
Madrasah Tahfiz Al-Quran Ummu Waraqah buka pengambilan pelajar perempuan.

JOHOR BAHRU – Madrasah Tahfiz Al-Quran Ummu Waraqah (Madtaqwa) terus memperkukuh pendekatan pendidikan tahfiz dengan memberi ruang kepada pelajar menguasai hafazan Al-Quran, ilmu agama dan pendidikan akademik secara seiring.

Pengasas Madtaqwa, Abd Haffizd Abd Karim berkata, pendekatan itu diteruskan menerusi pengambilan pelajar baharu bagi sesi 2027 membabitkan pelajar perempuan berusia tujuh hingga 18 tahun.

“Pendidikan tahfiz bukan hanya memberi penekanan kepada hafazan tetapi turut membentuk kefahaman agama, disiplin dan asas akademik pelajar.

“Sehingga kini, Madtaqwa melahirkan 45 al-hafizah yang berjaya menamatkan hafazan Al-Quran 30 juzuk,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Menurutnya, Madtaqwa turut memberi penekanan kepada pendidikan akademik apabila pelajar berpeluang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia selain mengikuti program Sijil Tahfiz Malaysia yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Katanya, dalam pendidikan agama pula, pelajar mengikuti pengajian fardu ain berasaskan kitab turath serta Kitab Sekolah Agama Johor yang disarankan Jabatan Agama Islam Johor.

Dalam pada itu, Abd Haffizd berkata, kelangsungan operasi institusi pendidikan tahfiz turut bergantung kepada kemampuan pihak pengurusan memenuhi keperluan asas termasuk sewa bangunan, utiliti dan keperluan harian pelajar.

“Selepas penaja bayaran sewa bangunan sebelum ini meninggal dunia, komitmen tersebut kini perlu ditanggung oleh pihak madrasah.

“Justeru, kami mengalu-alukan sokongan masyarakat bagi membantu memastikan kesinambungan pendidikan dan pengurusan Madtaqwa,” katanya.

Temu duga pengambilan pelajar baharu bagi sesi 2027 akan berlangsung dari 25 hingga 27 September ini.

Sumbangan kepada Madtaqwa boleh disalurkan melalui akaun Maybank 551623215231 atas nama Madrasah Tahfiz Al Quran Ummu Waraqah.

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved