Mafia korporat: Anwar bidas Rafizi, persoal mengapa tidak bersuara ketika jadi menteri

LocalPolitics
20 Oct 2026 • 12:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Mafia korporat: Anwar bidas Rafizi, persoal mengapa tidak bersuara ketika jadi menteri
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli berhubung isu jenayah korporat dengan mempersoalkan mengapa perkara itu tidak dibangkitkan ketika beliau masih memegang jawatan dalam kerajaan.

Beliau berkata, tindakan membetulkan sebarang salah laku perlu dilakukan ketika seseorang masih mempunyai kuasa, bukannya hanya bersuara selepas tidak lagi memegang jawatan.

“Kadang-kadang orang itu masa dia menteri tak pernah bercakap. Sebab itu saya selalu mengingatkan sahabat-sahabat saya di Jemaah Menteri, nak guna kuasa dengan baik, nak betulkan, betulkan masa ada kuasa.

“Esok bila dah pencen atau terkeluar (daripada Jemaah Menteri) atau jadi pembangkang baru nak meluahkan padahal dia duduk sini dahulu,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat di sini pada Selasa.

AKAN MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved