Maghribi tewas tetap sujud syukur, kalah di padang tetapi menang di hati peminat Piala Dunia 2022

15 Dec 2022 • 10:58 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

TEWAS kepada Perancis pada perlawanan akhir, pasukan Mahgribi hilang peluang ke peringkat akhir Piala Dunia 2022.

Biarpun kalah 2-0 di Stadium Al Bayt , pasukan negara benua Afrika itu tetap melakukan sujud syukur. Kesebelasan Maghribi dilihat tunduk dan bersujud sebaik sahaja permainan ditamatkan.

Momen paling indah itu memperlihatkan sisi kemenangan yang menyentuh hati ramai.

image is not available
Terdahulu pasukan itu menarik perhatian apabila melaksanakan sujud syukur selepas menang ke atas Sepanyol

Maghribi adalah menjadi pasukan benua Afrika pertama mara ke separuh akhir Piala Dunia 2022 dan “menghidupkan semula” semangat bola sepak.

Terdahulu hanya hanya Cameroon (1990), Senegal (2002) dan Ghana (2010) mampu mencapai sekurang-kurangnya ke peringkat suku akhir.

Warga maya rata-rata tersentuh melihat pasukan Maghribi melakukan sujud syukur di padang selepas tamat perlawanan.

-“Biarpun tewas selalu bersyukur kepada-NYA. Jika berjaya Alhamdulillah, tidak berjaya juga Alhamdulillah.”

-“Anda tidak layak ke peringkat akhir tetapi sudah memenanginya untuk berjuta-juta hati di seluruh dunia dan menempa sejarah baharu. Tahniah kepada #Morocco.”

-“Di sebalik setiap kekalahan ada hikmah. Alhamdulillah, bangga dengan pasukan ini.”

-“Masya-ALLAH anda bermain dengan sangat baik. Anda adalah juara kerana menggegarkan dunia FIFA.”

image is not available

Pasukan Maghribi menempa kejayaan dan detik manis apabila melakar kejutan demi kejutan dengan menewaskan Sepanyol dan Portugal pada pusingan kedua serta suku akhir.

Maghribi akan bertemu Croatia di Stadium Khalifa pada 17 Disember 2022 bagi menentukan kedudukan ketiga dan keempat.

image is not available
Kredit foto: Équipe du Maroc

Perancis yang menang ke atas Maghribi pada peringkat separuh akhir pernah memenangi Piala Dunia pada tahun 1998 dan 2018.

Pasukan itu akan berhadapan Argentina yang merupakan penyandang Piala Dunia 1978 dan 1986 pada peringkat akhir.

Kredit foto: Équipe du Maroc