Mah Sing lancar M Amaya di Batu Maung bernilai RM516 juta, 92% unit Fasa 1A ditempah

9 Jul 2026 • 4:45 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Mah Sing lancar M Amaya di Batu Maung bernilai RM516 juta, 92% unit Fasa 1A ditempah Image from: Mah Sing lancar M Amaya di Batu Maung bernilai RM516 juta, 92% unit Fasa 1A ditempah liza09/07/2026 - 16:45 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 9 Julai – Mah Sing Group Berhad melancarkan projek pembangunan terbaharu, M Amaya di Batu Maung, Pulau Pinang bernilai RM516 juta dengan Fasa 1A mencatat kadar tempahan sebanyak 92%.

 

M Amaya yang terletak dalam kawasan Southbay itu merupakan pembangunan kedua siri M Mah Sing di Pulau Pinang selepas kejayaan M Zenni. 

 

Projek berstatus pegangan bebas itu dibangunkan di atas tanah seluas 4.8 ekar dan menawarkan 833 unit apartmen servis setinggi 37 tingkat.

 

Dengan harga permulaan daripada RM480,000, M Amaya direka untuk memenuhi permintaan golongan pembeli rumah moden yang mencari kediaman berhampiran pusat pekerjaan, kemudahan harian serta jaringan pengangkutan utama.

 

Lokasinya yang strategik di pintu masuk ke Jambatan Kedua Pulau Pinang menjadikan M Amaya mempunyai akses mudah ke kawasan perindustrian Bayan Lepas, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang serta hab ekonomi baharu seperti Penang Silicon Island.

 

Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Mah Sing, Tan Sri Leong Hoy Kum berkata syarikat kekal komited untuk memainkan peranan jangka panjang dalam menyokong pertumbuhan Pulau Pinang, khususnya di Batu Maung dan kawasan strategik lain.

 

t

 

 

t

 

Beliau berkata konsep siri M Mah Sing terus memberi fokus kepada pembangunan kediaman berkualiti yang mempunyai lokasi strategik, reka bentuk lestari serta ciri gaya hidup moden.

 

“Pada peringkat kumpulan, tahun kewangan 2025 mencatatkan prestasi jualan hartanah tertinggi dalam tempoh sedekad iaitu RM2.51 bilion, mencerminkan permintaan berterusan terhadap portfolio kediaman dan industri kami,” katanya.

 

M Amaya turut menampilkan lebih 40 kemudahan gaya hidup termasuk gelanggang pickleball, ruang yoga, ruang kerja bersama, kemudahan kecergasan serta kawasan komuniti yang direka untuk meningkatkan interaksi dalam kalangan penduduk.

 

Selain itu, projek berkenaan turut menyasarkan pensijilan GreenRE Gold dengan menggabungkan ciri pembangunan mesra alam seperti 20 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV), sistem tenaga solar untuk kawasan umum, sistem tadahan air hujan serta penggunaan lampu LED cekap tenaga.

 

Mah Sing turut memaklumkan rangkaian pasar raya premium Village Grocer akan menjadi penyewa utama bagi ruang komersial M Amaya dengan keluasan hampir 19,000 kaki persegi. 

 

Kehadiran Village Grocer dijangka meningkatkan kemudahan harian bukan sahaja kepada penduduk M Amaya, malah komuniti sekitar Southbay City. - DagangNews.com

Terkini standard
View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved