“Mahal betul!” – Orang Ramai Terkejut Tengok Harga Bidaan Tapak Karnival Aidilfitri Cecah RM20K

Entertainment
26 Mar 2023 • 4:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Walaupun kita baru beberapa hari berpuasa dalam bulan Ramadan, tidak dinafikan ada juga sebahagian dari kita yang dah mula buat persiapan raya. Ini terutamanya peniaga-peniaga yang nak dapat jualan lebih sebelum raya.

Ada sebahagian peniaga sanggup keluar sampai RM20,000 untuk sewa tapak niaga karnival Aidilfitri. Iye betul RM20,000 untuk sewa sahaja. Kalau korang tak percaya, korang boleh tengok video @localrkyt dibawah.

Mahal betul nak sewa tapak

Sangkaan awal min, tapak karnival Aidilfitri yang dibuka untuk pembidaan dalam video kat atas ni dekat kawasan Lembah Klang. Rupa-rupanya jauh di utara tanah air, dekat Jitra, Kedah. Agak-agak kalau harga kat Lembah Klang ni macam mana lah ye?

image is not availableYa Allah mahalnya sampai RM28k sebulan. Habis tu nak jual barang-barang harga berapa ringgit pula baru balik modal. Menangis min dengar harga sewa tapak.

image is not availableMin pun baru tahu ni kena masuk bidaan untuk berniaga dekat karnival Aidilfitri. Selama ni min ingat kena bayar yuran je, tak sangka lah sampai mahal macam ni.

image is not availableSerius lah RM5,000 untuk sewa tapak je. Itu belum masuk gaji pekerja dan bil elektrik lagi kan.

image is not availableOhh.. maknanya track record tapak karnival ni memang baik lah. Sebab itu orang sanggup buat bidaan sampai lebih RM20k untuk berniaga kat sini.

Apa-apa pun kan, rezeki itu datang dari Maha Pemberi. Kalau murah rezeki kita, dapat banyak lah keuntungan. Kalau bukan rezeki kita, bersyukur lah apa adanya.

 

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article