MAHAR pandang serius domenstari warga Palestin

LocalPolitics
28 Jul 2026 • 4:42 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: MAHAR pandang serius domenstari warga Palestin

PETALING JAYA: Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) memandang serius insiden demonstrasi oleh sekumpulan warga Palestin di hadapan pejabat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu di Taman Sri Rampai dekat sini, tengah hari tadi.

MAHAR berkata, ia hanya berperanan sebagai badan pelaksana yang melaksanakan misi kemanusiaan berdasarkan dasar dan arahan agensi kerajaan berkaitan.

Katanya, MAHAR tidak mempunyai kuasa untuk membuat sebarang keputusan dasar secara bersendirian.

“MAHAR tidak mempunyai kuasa untuk membuat sebarang keputusan dasar secara bersendirian.

“Semua keputusan berkaitan isu ini terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa agensi-agensi kerajaan yang berkenaan.

“MAHAR akan terus mematuhi setiap arahan serta keputusan yang dikeluarkan pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut MAHAR, ketika demonstrasi berlangsung di hadapan pejabatnya, semua agensi berkaitan sedang mengadakan sesi taklimat kepada warga Palestin di Asrama Starpac bagi menjelaskan perkembangan semasa serta keputusan berhubung program berkenaan.

Katanya, semua warga Palestin yang terlibat telah dijemput menghadiri taklimat itu bagi mendapatkan maklumat terkini, namun mereka enggan hadir dan memilih untuk datang ke pejabat MAHAR.

“Semua hala tuju program turut ditentukan sepenuhnya oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat,” katanya.

Sehubungan itu, MAHAR berkata, pihaknya akan terus memberikan kerjasama sepenuhnya kepada semua pihak berkuasa dalam menangani isu berkenaan secara telus dan bertanggungjawab.

Terdahulu, sekumpulan warga Palestin mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat MAHAR bagi menyuarakan kebimbangan mereka berhubung program yang sedang dilaksanakan. – UTUSAN

The post MAHAR pandang serius domenstari warga Palestin appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved