Mahasiswi Ditemukan Meninggal Dunia Di Bilik Sewa

29 Jun 2026 • 4:15 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Mahasiswi Ditemukan Meninggal Dunia Di Bilik Sewa

Mahasiswi Ditemukan Meninggal Dunia Di Bilik Sewa

Seorang mahasiswi Universitas Islam Negeri Sayyid Ali Rahmatullah Tulungagung ditemukan meninggal dunia di bilik sewanya selepas dipercayai berjaga malam menyiapkan tugasan tesis.

Mangsa yang dikenali sebagai S, 25, merupakan pelajar jurusan pelancongan dan berasal dari Desa Baruharjo, Kecamatan Durenan, Trenggalek.

Menurut Pegawai Unit Peronda Polis Tulungagung, Aiman Dzaky, mangsa ditemukan tidak bernyawa kira-kira pukul 10 pagi di sebuah rumah sewa di Desa Plosokandang, Kecamatan Kedungwaru, Tulungagung.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa pulang dari kampus pada petang Jumaat sebelum meneruskan kerja menyiapkan tesis bersama rakan-rakannya sehingga kira-kira pukul 3 pagi.

“Selepas itu mangsa berehat dan tidur, manakala rakan-rakannya pulang ke rumah masing-masing,” katanya lapor Detik.com .

Menurut beliau, pada awal pagi beberapa rakan sempat melihat mangsa masih berada di atas katil dan menyangka dia sedang tidur.

Baca juga:

Bagaimanapun, ketika mereka kembali ke rumah sewa sekitar pukul 10 pagi untuk menyambung tugasan, mangsa didapati tidak bergerak sebelum disahkan meninggal dunia.

Tambahnya, mangsa dipercayai telah meninggal dunia sekitar waktu Subuh.

Hasil pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah atau kecederaan fizikal pada tubuh mangsa.

Menurut Aiman, keluarga mangsa memaklumkan bahawa wanita itu mempunyai sejarah penyakit jantung dan dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved