Kanak-Kanak 9 Tahun Meninggal Dunia Dipercayai Terjatuh Dalam Bilik Air

26 Jun 2026 • 3:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 2026 06 26T152020.014

Malang tidak berbau. Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika sedang mandi di bilik air rumahnya yang terletak di Taman Bukit Segar, Cheras, pada Rabu.

Kejadian menyayat hati itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof. Menurutnya, pihak polis menerima laporan mengenai insiden terbabit pada jam 9.01 malam selepas mangsa disahkan meninggal dunia di Jabatan Kecemasan Zon Merah, Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang ketika mangsa sedang mandi di bilik air rumahnya sebelum dipercayai terjatuh dan mengalami kecederaan.

Mangsa kemudian dibawa oleh ahli keluarganya ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes Disiasat Di Bawah Akta Kanak-Kanak 2001

Difahamkan, mangsa dipercayai terjatuh lalu terhantuk pada sinki di dalam bilik air berkenaan sebelum ditemui oleh ahli keluarganya. Mayat mangsa kini telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM bagi proses bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematian.

“Punca kematian mangsa masih dalam siasatan, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 serta mengklasifikasikan kes sebagai laporan mati mengejut,” jelas beliau lagi.

Mohon Orang Ramai Tampil Bantu Siasatan

Dalam pada itu, pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan insiden tragis ini untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Amirul Abd Wahab di talian 013-5495236.

Pihak berkuasa turut menitipkan pesanan mendalam kepada semua ibu bapa agar sentiasa mengutamakan keselamatan anak-anak kecil mereka bagi mengelakkan kejadian tidak diingini seperti ini daripada berulang.

“Masyarakat dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan memastikan keselamatan anak-anak sentiasa diberi perhatian walau di mana mereka berada.

Sebarang kecemasan boleh disalurkan menerusi talian NG MERS 999 atau Pusat Kawalan Polis Daerah Kajang di talian 03-89114243,” ujarnya.

Dalam pada itu, terdapat satu hantaran di Threads mendakwa kanak-kanak itu terjatuh dan terkena serpihan sinki yang pecah.

cats 24

Sumber: Kosmo!, Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved