Mahathir-Muhyiddin jadikan politik Malaysia semakin toksik, dua-dua kena berundur – Puad

LocalPolitics
15 Dec 2025 • 1:44 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Hubungan politik antara  dua bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin kembali menjadi tumpuan selepas kenyataan kontroversi mengenai tuduhan rasuah terhadap Muhyiddin.

Hantaran di laman Facebook oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi menimbulkan persoalan mengenai kemungkinan kerjasama politik antara kedua-dua tokoh terbabit.

image is not available

Menerusi hantaran tersebut, Puad menegaskan tuduhan Tun M bahawa Muhyiddin mencuri wang parti dan menyimpannya di rumah adalah sangat serius dan memalukan.

Beliau turut mempersoalkan sama ada Muhyiddin akan berani mengambil tindakan undang-undang terhadap Tun M berhubung tuduhan berkenaan.

“Muhyiddin tidak akan saman Mahathir. Adakah ini bermakna beliau terdesak meminta sokongan Mahathir untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16)?” soalnya hari ini.

Sementara itu, Puad turut menimbulkan isu maruah Tun M jika tetap membuat kerjasama dengan individu yang pernah dituduh melakukan rasuah.

image is not available

Kenyataan ini merujuk kepada kritikan Tun M terhadap Muhyiddin kerana pernah bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang telah berdepan pelbagai pertuduhan.

“Di mana maruah Mahathir jika dia bekerjasama dengan orang yang dia tuduh pencuri? Dalam video itu dia sendiri tegur Muhyiddin kerana bekerjasama dengan Najib.
“Apakah pendirian Hamzah (Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin) dan kumpulannya kerana isu ini boleh jadi senjata menggulingkan Muhyiddin.
“Mahathir dan Muhyiddin menjadikan politik Malaysia semakin toksik. Dua dua kena berundur,” ujarnya.

Sumber: Facebook DrPuad Zarkashi