Pengguna Yoodo Kini Boleh Mendapatkan Pas Percubaan 5G Secara Percuma

TechnologyDigital
15 Feb 2023 • 12:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Yoodo kini dilihat telah memulakan ujian percubaan untuk rangkaian 5G, sekaligus membolehkan para pelanggan Yoodo untuk mendapatkan pas percubaan Yoodo secara percuma.

Untuk mendapatkan akses untuknya, pengguna perlu melanggan sebarang pas Yoodo antara 10GB ke 200GB. Dengan langgan tersebut, anda boleh menyemak aplikasi Yoodo, dan menebus pas 5G percubaan secara percuma.

image is not available

Buat masa ini, penawaran ini terhad kepada pengguna peranti Android sahaja, dan Yoodo tidak menyokong rangkaian 5G pada iPhone.

Bagi anda yang menggunakan Yoodo, boleh menyemak dan menebus pas 5G, sekaligus memulakan ujian 5G anda hari ini.