Mahkamah Agung Brazil Mengarahkan X Untuk Melantik Seorang Wakil, Atau Perkhidmatan Tersebut Akan Disekat

TechnologyDigital
29 Aug 2024 • 5:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada awal bulan ini, Elon Musk telah menutup pejabat X/Twitter di negara Brazil kerana enggan untuk mengikut arahan kerajaan negara tersebut untuk menapis kandungan yang dipaparkan pada platform tersebut.

Terkini, Mahkamah Agung negara tersebut, melalui hakim Alexandre de Moraes telah memberikan Elon Musk dan X tempoh 24 jam dari pagi tadi untuk melantik seorang individu untuk mewakili mereka, atau perkhidmatan media sosial tersebut akan disekat dari internet di Brazil.

Arahan tersebut turut mengatakan bahawa mana-mana syarikat, termasuklah X perlu menghormati undang-undang dan peraturan internet di negara tersebut untuk dibenarkan beroperasi secara biasa, dan X tidak terkecuali dari hal ini.