Mahkamah Agung Pakistan putuskan penahanan Imran Khan tidak sah

12 May 2023 • 7:41 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

NEW DELHI: Mahkamah Agung Pakistan pada Khamis memutuskan penahanan bekas perdana menteri Imran Khan sebagai tidak sah dan memerintah beliau segera dibebaskan.

Beliau ditahan oleh pasukan separa tentera di premis Mahkamah Tinggi Islamabad pada Selasa.

“Cara beliau ditahan tidak boleh diterima,“ kata hakim Athar Minallah, menurut laporan media tempatan.

Peguam bekas perdana menteri itu berkata penahanan Imran satu penganiayaan dan beliau turut menerima layanan yang buruk semasa dalam tahanan.

Penahanannya oleh Biro Akauntabiliti Kebangsaan (NAB) atas dakwaan kes rasuah telah mencetuskan protes dan penyokongnya menyifatkan tindakan itu sebagai sebahagian dendam politik.

Sejak itu, kira-kira 2,500 orang termasuk pemimpin kanan Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) telah ditahan dalam usaha kerajaan untuk menghentikan protes dengan bantuan tentera.

Imran menggesa penyokongnya bertenang dan bertindak secara aman.

“Kami hanya mahukan pilihan raya di negara ini,“ katanya di mahkamah. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved