Mahkamah Amerika Mendapati TikTok Boleh Disaman Kerana Cabaran Tular Menyebabkan Kematian

TechnologyDigital
29 Aug 2024 • 4:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Cabaran “blackout challenge” tular di TikTok beberapa tahun lalu dengan pengguna laman media sosial ini merakam aksi mereka pengsan apabila mencekik diri sendiri. Di Amerika Syarikat, seorang kanak-kanak berusia 10 tahun meninggal dunia pada tahun 2021 selepas menggantung diri kerana terpengaruh dengan cabaran yang ditonton di TikTok. Ibu mangsa menyaman TikTok tetapi pada asalnya ia telah ditolak oleh mahkamah.

image is not available

Mahkamah rayuan Amerika Syarikat kini mengatakan saman boleh diteruskan kerana walaupun terdapat klausa dalam rang undang-undang yang menyatakan pemilik platform tidak boleh dipersalahkan atas tindakan pihak ketiga.

Namun terdapat sebuah lagi klausa mengatakan mereka tidak boleh terlepas daripada tanggungjawab menyarankan kandungan yang diketahui berbahaya. Algoritma TikTok menyebabkan blackout challenge disarankan kepada pengguna menerusi ciri FYP.

Dalam tempoh 18 bulan antara 2021 dan 2022, sebanyak 20 kematian remaja dicatatkan dengan 15 daripadanya adalah di bawah usia 12 tahun. Sebelum ini terdapat usaha menyaman laman media sosial yang menyebabkan masalah bunuh diri, dan aneroksia menerusi kandungan yang disarankan oleh algoritma. Sekiranya TikTok berjaya disaman, ia akan membuka pintu kepada laman media sosial lain turut disaman apabila kandungan mereka mendatangkan kesan negatif kepada pengguna.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved