Mahkamah Arah Ibu Zayn Rayyan Bela Diri, Bapa Lepas & Bebas Daripada Tuduhan Pengabaian

LocalPolitics
21 Jul 2025 • 12:23 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini melepaskan dan membebaskan bapa kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, Zaim Ikhwan Zahari daripada pertuduhan mengabaikan anaknya yang merupakan kanak-kanak autistik pada dua tahun lalu.

Walau bagaimanapun, isterinya, Ismanira Abdul Manaf telah diperintahkan untuk membela diri selepas mahkamah mendapati terdapat kes prima facie terhadapnya.

image is not available

Dalam pada itu, Hakim Syahliza Warnoh membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan, serta meneliti keterangan daripada 28 saksi sepanjang perbicaraan berlangsung.

Pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen pengabaian terhadap Zaim, tapi berjaya menunjukkan bukti yang mencukupi terhadap Ismanira bagi perbicaraan diteruskan.

Ismanira kemudian memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi dan pihak pendakwaan boleh soal balas tertuduh.

Terdahulu, pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai berhampiran kawasan Pangsapuri Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Mangsa sebelum itu dilaporkan hilang sebelum ditemui terbaring kira-kira 200 meter dari blok kediaman.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: Astro AWANI

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.