
Juri persekutuan Amerika Syarika mendapati Elon Musk bertanggungjawab menipu para pemegang saham Twitter berkaitan pengambilalihan platform media sosial yang bernilai $44 bilion pada tahun 2022. Musk didapati membuat dua kenyataan mengelirukan mengenai jumlah akaun bot di Twitter, yang didakwa adalah percubaan mengurangkan harga saham Twitter supaya beliau boleh merunding semula atau menarik diri daripada perjanjian membeli.

Ganti rugi belum lagi ditentukan, tetapi peguam pemegang saham menganggarkan ia boleh mencecah $2.5 bilion. Kes ini melibatkan pelabur yang menjual saham Twitter antara 13 Mei – 4 Oktober 2022, ketika kenyataan Musk dikatakan menjejaskan harga. Juri walau bagaimanapun mendapati Musk tidak bersalah dalam dakwaan berasingan bahawa beliau menjalankan skim penipuan.
Selepas Twitter diambil alih, Musk mengubah nama platform menjadi X dengan sasaran menjadikannya aplikasi untuk semua seperti WeChat. Sehingga kini ia masih belum menjadi kenyataan dengan jumlah pengguna X semakin susut selepas ramai berhijrah ke Threads dan Bluesky. X kini diambil alih oleh xAI pada nilai $33 bilion dengan ia turut dilihat sebagai taktik mengekalkan nilai saham X yang menjunam sehingga merugikan pelabur.


