Toni Schneider Akan Menggantikan Jay Graber Sebagai CEO Bluesky

TechnologyDigital
10 Mar 2026 • 3:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Platform media Bluesky dilihat sebagai salah satu alternatif kepada platform media sosial Twitter setelah ia diambil-alih oleh Elon Musk. Ia kini sudah berumur lima tahun, dan CEO pertama syarikat tersebut, Jay Graber telah mengumumkan bahawa beliau akan melepaskan jawatan tersebut untuk menjadi pembangun kembali untuk memperkenalkan ciri-ciri baru pada platform tersebut.

Ia dilaporkan bahawa Toni Schneider, pelabur dan penasihat syarikat tersebut akan mengambil-alih tugas sebagai CEO untuk sementara waktu, dimana Bluesky akan mencari ketua baru untuk menjawat jawatan tersebut.

I'm thrilled to announce that I'll be joining Bluesky as interim CEO. I deeply believe in what this team has built and the open social web they're fighting for. More here: toni.org/2026/03/09/c…

Toni Schneider (@toni.bsky.team) 2026-03-09T19:09:09.266Z

Jay Graber akan mengambil jawatan Chief Innovation Officer, membangunkan perkhidmatan baru untuk Bluesky dan mengambil kedudukan yang lebih teknikal, dan mungkin akan memperkenalkan produk berbayar seperti langganan premium dan sebagainya.