“Mahkamah putuskan kami sah bercerai, tidak akan rujuk” – Idzham Ismail

LocalEntertainment
4 Nov 2024 • 12:39 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Idzham Ismail mendedahkan dia sah bercerai dengan isterinya, Siti Nur Abilah Shamsudin selepas aktor itu melafazkan cerai selepas gagal mengawal kemarahannya.

Menerusi satu hantaran di InstaStory, Idzham mengumumkan Mahkamah Rendah Syariah Klang telah memutuskan pasangan itu sah bercerai.

Idzham Ismail dan isteri sah bercerai

image is not available

Pada masa yang sama, Idzham atau nama penuhnya Muhammed Idzham Ismail mendedahkan dia dan isterinya tidak mempunyai rancangan untuk rujuk semula.

“Mahkamah putuskan kami sah bercerai. Tidak akan rujuk. Pesan saya, Allah ada, jawab dengan Allah untuk segalanya yang dibuat,” katanya pada hantaran itu.

image is not available

Sementara itu, memetik laporan mStar, aktor berusia 36 tahun itu menjelaskan mahkamah telah mengesahkan lafaz cerai yang dibuat Idzham pada awal Oktober lalu.

Katanya lagi kepada mStar, konflik berpanjangan menjadi puncay dia gagal mengawal kemarahan sehingga melafazkan cerai di luar mahkamah terhadap Abilah.

Menurut Idzham, keputusan isterinya untuk kembali bekerja sebagai pramugari juga menjadi salah satu faktor berlaku perselisihan antara mereka sejak Jun lalu.

“Saya kecewa dengan apa yang berlaku sebab ia berpunca daripada masalah kecil sahaja. Selepas saya izinkan dia bekerja semula, dia berubah,

“Sudah berbulan-bulan saya cuna memujuk dan tak henti memujuk. Sehinggalah pada awal Oktober saya terlafaz cerai. Saya manusia dan bukannya malaikat. Saya sudah bersabar berbulan-bulan,” luahnya.

image is not available

Tambahnya, tidak mungkin dia akan kembali berbaik dengan Abilah dan buat masa sekarang, mereka masih dalam proses perbincangan dalam menetapkan hak penjagaan anak.

“Saya boleh katakan hubungan kami sekarang memang tidak baik. Buat masa sekarang, anak-anak di bawah jagaan saya. Saya mahu didik anak-anak dan mereka mahu tinggal bersama saya.

“Saya dan bekas isteri akan berbincang di masa akan datang tentang hak penjagaan anak,” jelasnya.

image is not available

Sebagai info, Idzham berkahwin dengan Abilah pada Ogos 2016 dan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Sofea Inara, 7 dan Muhammad Idrus, 4 tahun.

Sumber: Instagram Idzham Ismail, mStar (Farol Hadi)