Mahkamah Rayuan diberitahu pertuduhan terhadap Sam tidak sah, tidak boleh dsabitkan

31 Mar 2023 • 3:35 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan diberitahu bahawa sabitan kerani Sam Ke Ting (gambar) bagi kesalahan memandu secara melulu sehingga mengorbankan lapan remaja penunggang basikal tidak boleh bertahan kerana pertuduhan yang dikenakan terhadapnya mempunyai kekurangan.

Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili wanita itu berhujah bahawa terdapat penggandaan pertuduhan kerana pendakwa raya telah memasukkan dua kesalahan berbeza dalam pertuduhan iaitu memandu secara melulu dan memandu secara berbahaya.

“Ini salah. Hanya satu kesalahan dibenarkan di sisi undang-undang untuk dinyatakan dalam pertuduhan,“ katanya.

Hisyam berhujah demikian dalam rayuan Sam terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkannya denga kesalahan memandu secara melulu dan menjatuhkan hukuman penjara enam tahun serta denda.

Peguam itu berkata berlaku prejudis terhadap anak guamnya kerana terdapat “kegagalan keadilan” kerana dia telah disabitkan dengan pertuduhan yang tidak diiktiraf dalam undang-undang.

Bersambung..