Mahkamah Syariah Papar siap Ogos tahun depan

19 Mar 2023 • 3:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PAPAR: Daerah ini bakal memiliki sebuah bangunan Mahkamah Syariah sekali gus memudahkan masyarakat setempat dan kawasan berdekatan untuk menyelesaikan sebarang urusan berkaitan.

Difahamkan, kerja-kerja awal pembinaan projek bernilai RM18.5 juta di tapak seluas 2.78 ekar di Kampung Benoni, sudah bermula dan dijangka siap sepenuhnya pada 25 Ogos tahun depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pembangunan Mahkamah Syariah Daerah Papar ini adalah projek di bawah Jabatan Perdana Menteri.