“Mahkamah terbaik” – Reaksi Bapa Zayn Rayyan Selepas Mahkamah Tolak Penangguhan Hukuman Penjara Ismanira

LocalPolitics
23 Dec 2025 • 12:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bapa kepada Allahyarham Zayn Rayyan iaitu Zaim Ikhwan Zahari memberikan reaksi kecewa selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan penangguhan hukuman penjara ke atas isterinya, Ismanira Abdul Manaf, hari ini.

Zaim Ikhwan kemudiannya beredar dari mahkamah bersama ahli keluarga yang lain termasuk ibu dan bapanya, Zahari Mohd Reba.

“Mahkamah terbaik,” ujarnya ringkas kepada media.

Pada masa yang sama, datuk kepada Zayn Rayyan turut enggan memberikan sebarang komen berhubung keputusan mahkamah itu.

Peguam yang mewakili Ismanira, Haresh Mahadevan juga memaklumkan tiada sebarang kenyataan daripada pihaknya.

Dalam prosiding itu, harapan Ismanira untuk pulang ke pangkuan keluarga tidak kesampaian apabila Hakim Datuk Aslam Zainuddin menolak permohonannya dengan alasan tiada keadaan khas atau istimewa untuk membenarkan permohonan tersebut.

Untuk rekod, Ismanira telah dipenjara selama 53 hari termasuk hari ini selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 31 Oktober lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Dr. Syahliza Warnoh memerintahkan wanita itu ke Penjara Wanita Kajang serta-merta selepas menolak permohonannya sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Selain hukuman penjara, ‎Ismanira turut diarah menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam yang perlu diselesaikan dalam tempoh enam bulan.

Sumber: Sinar Harian, Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.