Mahkamah Tinggi Batal Hukuman Penghina Kalimah Allah, Perlu Dibicarakan Semula

18 Apr 2024 • 3:07 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
kalimah Allah

Sebelum ini, tersebar satu hantaran bersifat menghina berkait isu kalimah Allah pada stoking. Disebabkan itu, Mahkamah Sesyeh telah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 terhadap seorang juruteknik.

Terkini, Mahkamah Tinggi membatalkan keputusan hukuman Mahkamah Sesyen. Keputusan itu dilakukan hakim Datuk Ahmad Bache selepas membenarkan semakan difailkan tertuduh, Chiok Wai Loong yang berkata pengakuan salah yang dilakukannya sebelum ini bukan akaun jelas, tanpa bersyarat dan tidak boleh diterima.

Tertuduh kemudian diarahkan ke Mahkamah Sesyen semula untuk dibicarakan secara penuh dengan hakim lain.

Tertuduh diarah dipertuduhkan semula tetapi di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen berlainan dalam kadar segera. – Kata hakim Mahkamah Tinggi.

Wai Loong diwakili peguam, N Surendren manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datin Kalmizah Salleh.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.