Mahkamah Tinggi tolak permohonan NGO cabar pembangunan Bukit Cherakah

LocalPolitics
17 Nov 2022 • 3:27 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SHAH ALAM: Dua badan bukan kerajaan (NGO) hari ini gagal memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi bagi mencabar tindakan Kerajaan Negeri Selangor yang membenarkan pembangunan di Hutan Simpan Bukit Cherakah di sini.

Peguam Rajesh Nagarajan yang mewakili Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA) dan Persatuan Rimba Komuniti Shah Alam (SACF) memberitahu Bernama bahawa Hakim Dr Shahnaz Sulaiman menolak permohonan anak guamnya untuk mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman tanpa perintah kos.

“Kami mendapat arahan daripada anak guam supaya merayu terhadap keputusan hari ini,” katanya.

Prosiding hari ini berlangsung secara dalam talian.

Pada 3 Ogos lepas, PEKA dan SACF memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman dengan menamakan Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Eksekutif negeri, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri serta Jabatan Tanah dan Galian Petaling sebagai responden.

Kedua-dua NGO itu mencabar keputusan empat responden yang membenarkan pembangunan di atas tanah seluas 406.22 hektar itu melalui pelaksanaan keputusan yang dibuat 22 tahun lepas.

Mereka juga memohon pengisytiharan mengenai keperluan untuk mengadakan siasatan awam berkaitan pembangunan hutan simpan itu seperti yang termaktub di bawah Seksyen 11 dan 12 Enakmen Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2011.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved