Mahu Banteras LGBT, Pihak Berkuasa Arab Saudi Rampas Permainan & Baju Berwarna Pelangi

18 Jun 2022 • 10:17 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, filem terbaru Disney iaitu Lightyear telah dilaporkan tidak akan ditayangkan di beberapa buah negara seperti Arab Saudi, UAE dan termasuklah Malaysia sendiri berikutan ada babak yang berunsurkan homoseksual antara dua karakter wanita.

Kali ini, kecoh pula di media sosial apabila pihak berkuasa Arab Saudi telah merampas baju dan permainan berwarna pelangi dari kedai-kedai yang menjualnya di negara itu berikutan ia mempromosikan LGBT.

Menurut BBC, antara barangan jualan yang dirampas termasuklah topi, klip rambut, kotak pensil dan permainan kanak-kanak masa kini iaitu pop-it.

Untuk pengetahuan anda, warna pelangi kini memang digunakan secara meluas di seluruh dunia untuk melambangkan golongan LGBT iaitu lesbian, gay, biseksual dan transgender.

image is not available

Difahamkan, pihak kementerian perdagangan negara itu mengatakan pihak mereka merampas barangan yang mempunyai simbol yang bercanggah dengan akidah Islam.

Mereka turut mengatakan barangan-barangan itu mempromosikan homoseksual yang kini menjadikan golongan muda sebagai sasaran mereka.

image is not available

Seperti mana yang kita semua tahu, hubungan sama jenis, menukar jantina dan berpakaian seperti jantina lain adalah salah di sisi agama Islam.

Sumber: BBC

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.