Mahu Beli Barang Bayi Di London & Sepanyol, Intan Najuwa Nafi Guna Duit Suami

4 Aug 2024 • 12:56 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon Datin Intan Najuwa memaklumkan dia bakal terbang ke London untuk membeli barang keperluan bayi tidak lama lagi.

Beli Barang Anak Pertama

Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, yang bakal menyambut kelahiran cahaya mata pertama, berkongsi perkara tersebut di akaun Instagramnya. 

Menurut pelakon drama Jodohku Babysitter itu, dia tidak sabar untuk berkongsi pilihannya dengan pengikutnya (followers) di platform media sosial tersebut.

“Saya akan ke London bulan depan untuk membeli barangan keperluan bayi. Tak sabar nak berkongsi pilihan saya dengan anda (pengikut) semua.

“Ini merupakan kali pertama saya betul-betul nak membeli barangan bayi dan saya mencari inspirasi daripada Pinterest. Banyak idea yang boleh dijadikan rujukan,” katanya.

Dituduh menghabiskan wang suami, Datuk Ahmad Azraf Azman, aktres jelita itu menepis dakwaan netizen berhubung isu berkenaan.

“Bagi sesiapa yang tertanya-tanya dan berfikir bahawa saya selalu guna duit suami, tolong fikir semula dan simpan perkara ini dalam pemikiran korang.

“Saya ada duit dan pendapatan sendiri. Saya tak perlukan dia (suami) untuk tanggung saya. Ke mana saya pergi tak kira melancong dan membeli belah, saya guna duit sendiri. Saya boleh berdiri di atas kaki sendiri walaupun sudah berkahwin,” jelasnya.

image is not available

Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos tahun lalu.

Intan sebelum ini berkongsi khabar gembira dia sedang hamil anak pertama pada 18 Julai lalu.