Mahu Bendung Gejala Buli, KPM Arah Sekolah Laksanakan Laungan ‘Kami Benci Buli’

LocalPolitics
12 Aug 2025 • 3:53 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetatuhi buli merupakan salah satu tindakan yang tidak wajar dilakukan oleh mana-mana individu.

Tindakan membuli boleh menyebabkan mangsa mengalami tekanan serta menganggu emosi dan boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti kemurungan dan sebagainya.

Bahkan baru-baru ini, hukuman lebih berat menanti mereka yang membuli selepas Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2025 yang memberi fokus terhadap kesalahan buli mula berkuat kuasa pada 11 Julai 2025.

KPM arah pengarah pendidikan dan pegawai PPD buat lawatan mengejut di sekolah untuk bendung gejala buli

Terbaharu pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengarahkan semua pengarah pendidikan negeri serta pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk mengadakan lawatan mengejut di sekolah-sekolah sebagai usaha memastikan gejala buli dapat dibendung.

Bukan hanya itu Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad berkata pengarah serta pegawai turut perlu turun ke sekolah berasrama di waktu malam untuk membuat pemantauan selain mendekati serta memahami kehidupan pelajar di asrama.

“Mungkin kita kena turun tanpa ada perancangan dan tanpa diberitahu. Kita turun ke sekolah, tengok keadaan sekolah, kita nak tengok nature sekolah itu macam apa berlaku. Kita mungkin turun malam nak tengok di asrama,” jelasnya, lapor Bernama.

Wajibkan laungan ‘Kami Benci Buli’ sebelum dan selepas sesi sekolah

Selain itu, pihak kementerian turut mengarahkan pengetua dan juga guru besar mewajibkan laungan ‘Kami Benci Buli’ sebelum serta selepas sesi persekolahan.

Laungan terbabit adalah sebagai peperangan kepada gejala buli yang diperjuangkan oleh KPM selain menanamkan rasa benci kepada gejala tak sihat itu dalam minda serta diri pelajar.

Akan tambah baik ciri-ciri keselamatan di sekolah terutama sekolah asrama

Bukan hanya itu, Mohd Azam menjelaskan KPM juga akan menambah baik ciri-ciri keselamatan di sekolah khususnya sekolah asrama.

Perkara itu bertujuan untuk mengekang kejadian seperti buli dan antara penambahbaikan lain adalah penyediaan kamera litar tertutup serta bilangan warden asrama.

Mohd Azam dalam masa sama turut meminta semua pihak termasuklah guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan komuniti setempat untuk memainkan peranan dalam memastikan keselamatan pelajar khususnya di waktu malam.

Source: