Mahu Berdamai, Ribuan ‘Ojol’ Beri Bunga Mawar Kepada Anggota Keselamatan

2 Sep 2025 • 11:31 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kira-kira 2,000 penunggang ojek dalam talian (ojol) mengadakan aksi damai di Jakarta pada Selasa dengan mengedarkan sekitar 2,000 kuntum bunga mawar kepada anggota keselamatan termasuk Tentera Nasional Indonesia (TNI), Brimob dan polis.

Edar 2,000 kuntum bunga mawar

Memetik laporan daripada Kompas.com, langkah itu dilakukan bagi meredakan ketegangan di ibu kota yang sejak minggu lalu hangat dengan protes.

“Kami mahu berdamai dengan anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI), Brimob dan polis,” kata penganjur aksi damai itu dikenali sebagai Erna.

image is not available

Bunga mawar tanda perdamaian

Menurutnya, keadaan panas di Jakarta menyebabkan penunggang ojol berdepan kesukaran mencari nafkah.

“Kami mahu mencari wang dan nafkah buat keluarga. Sejak beberapa hari kebelakangan ini situasi masih tidak stabil dan kacau-bilau,” ujarnya.

image is not available

Aksi pemberian bunga mawar itu bukan sahaja tular di media sosial, malah menerima reaksi positif daripada orang ramai.

image is not available

Dalam momen penuh emosi itu, kumpulan ojol dan anggota keselamatan juga saling bermaafan atas tragedi kematian rakan mereka, Affan Kurniawan, yang menjadi pencetus gelombang protes sejak Khamis lalu.

Sumber: Kompas.com (Shinta Dwi Ayu, Akhdi Martin Pratama)