“Mahu Cabar Diri” – Moon Gayoung Dedah Sebab Pakai Gaun Tayang Dada & Badan Di Milan

EntertainmentLifestyle
10 Apr 2025 • 3:24 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Moon Ga-young mendedahkan cerita di sebalik penampilannya dalam pakaian seksi ketika di Minggu Fesyen Milan.

Dalam episod terbaru “You Quiz on the Block”, Moon Ga -young muncul sebagai tetamu dan berkongsi pelbagai cerita menarik.

Baru-baru ini, Moon Ga Young menjadi tumpuan selepas tampil dalam pakaian yang menonjolkan bentuk fizikalnya secara jelas di acara fesyen tersebut. Dia turut memuat naik gambar di Instagram peribadinya mengenakan pakaian yang agak terbuka, menunjukkan sisi dirinya yang berbeza.

Bercakap mengenai perkara itu, katanya,

Pakaian itu adalah sebahagian daripada koleksi, dan saya memang suka mencabar diri. Orang ramai sering fikir saya seorang yang suka membaca dan berperwatakan tenang, jadi mungkin sebab itu saya rasa ingin menunjukkan sisi yang berbeza dari masa ke masa.

image is not available

Apabila ditanya tentang kebimbangannya kebelakangan ini, dia berkongsi,

Saya selalu tertanya-tanya bila waktu yang sesuai untuk bercakap dan bila patut berdiam diri. Ramai kata berdiam diri itu emas, tapi saya masih belum faham bagaimana untuk membezakannya.

Yoo Jae-suk kemudian memberikan nasihat,

Kalau dalam situasi berkumpulan, tahan diri daripada berkata sesuatu demi diri sendiri, tapi jika ia melibatkan kepentingan ramai, maka bersuara. Itu prinsip saya.

Cantik kan dia?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article