Mahu Calon Isteri Miliki ‘MUET Band 4’, Ciri Wanita Idaman Lelaki Ini Undang Perdebatan Netizen

3 Nov 2022 • 11:44 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular di media sosial Twitter mengenai sebuah hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Arjuna Indera yang mencari wanita idaman untuk dijadikan pasangan hidup.

Menerusi hantaran tersebut, jejaka itu turut menyenaraikan beberapa ciri-ciri wanita yang menjadi pilihan hatinya.

Menurutnya, wanita tersebut perlu berada di dalam lingkungan usia 20 hingga 30 tahun dan memegang atau sedang memperoleh ijazah sarjana muda atau Degree.

Bukan itu sahaja, apa yang menjadi perhatian orang ramai adalah salah satu kriteria wanita idamannya juga perlu memiliki sijil Malaysia Universiti English Test (MUET) di peringkat keempat.

image is not available

Bagaimanapun, perkongsian jejaka itu telah mendapat pelbagai respon daripada orang ramai dan mengundang perdebatan sehingga menjadikan perkataan ‘MUET’ trending di laman Twitter.

Menjengah di ruangan komen, ada segelintir netizen yang mengecam dan menganggap jejaka itu berlebihan dalam pemilihan pasangan kerana hanya mengharapkan wanita yang mempunyai pendidikan tinggi.

image is not available

Namun, ada juga segelintir warga net yang menyokong jejaka berkenaan kerana menganggap dia berhak untuk membuat pilihan pasangan yang ‘sekufu’ dengannya bagi mengelakkan masalah di masa hadapan.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

(VIDEO)“Gaji Confirm Puluh Ribu Ni!” - Pilih Kerjaya Berisiko Di Dunia, Maya Sidek Tawan Puncak KLCC