Mahu Cuba Benda Baru, Kugiran Masdo Akan Rebut Setiap Peluang Yang Datang - “Kami Gemar…"

29 Sep 2024 • 4:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pemain gitar kumpulan Kugiran Masdo, Asmawi memberitahu dia gemar untuk mencuba sesuatu yang baru dalam dunia industri ini. 

Menurut Asmawi, antara perkara baharu yang Kugiran Masdo lakukan adalah menyertai pertunjukkan fesyen. 

“Saya sebenarnya lebih suka melakukan perkara baru. Dalam kumpulan Masdo, kami juga gemar mencuba sesuatu yang berbeza, seperti menyertai pertunjukan fesyen”, katanya kepada Gempak. 


Kumpulan Masdo berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Battle Of The Time: EXISTS X MASDO baru-baru ini. 

Dalam pada itu, gitaris tersebut menganggap tawaran yang diterima mereka merupakan satu rezeki dan peluang. 

“Apa sahaja rezeki yang datang, kami berusaha untuk mengambilnya kerana kami percaya jika kami tidak merebut peluang itu, ia mungkin akan berlalu pergi begitu sahaja. 


“Maksudnya, apa sahaja peluang yang datang, kami akan cuba lakukan dengan sehabis baik… mana tahu, mungkin kami dapat menggantikan Pak Nil (Datuk Aznil Nawawi) suatu hari nanti. 

“Bagi saya, Pak Nil adalah nombor satu dalam dunia pengacaraan”, jelasnya. 
 


Sekadar info, kumpulan Kugiran Masdo yang dianggotai Ali Sariah (penyanyi, gitar), Putuceri (bass) dan Asmawi (gitar) telah mendedahkan beberapa cabaran yang perlu mereka hadapi untuk kekal relevan di dalam dunia industri muzik ini. 

Terdahulu, kemunculan pertama Kugiran Masdo bermula dengan lagu berjudul Bunga pada tahun 2016, yang berjaya mencuri hati peminat dan kini kejayaan mereka turut mendapat perhatian ramai, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Indonesia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved