
“SAYA mahu beliau terus kaya kerana saya hendak tuntut.”
Demikian ujar bekas isteri penganalisis ekonomi, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan (DDNK), Hasmawatie, apabila ditanya tentang isu penggantungan lesen lelaki itu selama enam bulan oleh Suruhanjaya Sekuriti.
Menerusi temu bual Mingguan Wanita baru-baru ini, Hasmawatie atau lebih dikenali sebagai Watie menjawab desas-desus berkaitan penggantungan lesen bekas suami.
“Kononnya apabila bercerai saya akan dedahkan semuanya? Tidak, saya bukan jenis begitu.
“Saya rasa bekas suami juga tahu bagaimana karakter saya. Saya ada ‘strong character’ yang mana jika saya tidak menyukai sesuatu keadaan, saya akan berfikir dan bertindak sesuai dengan keadaan.
“‘Report’ itu saya tidak buat dan saya tidak bodoh untuk menjahanamkan reputasinya kerana beliau masih bapa kepada anak saya.
“Dan saya nak dia kaya sebab saya hendak tuntut. Saya mahu pastikan beliau senang sebab dia akan sara anak saya. Itu sebenarnya yang saya harapkan,” ujar Hasmawati.

Dalam pada itu, Hasmawatie turut menyatakan harapan agar tuntutan-tuntutannya selepas penceraian akan diberikan hak.
Baru-baru ini, wanita itu menjadi perhatian ramai selepas Datuk Dr Mohd Nazri Khan, 47, menamatkan zaman dudanya dengan wanita berusia 25 tahun.
Datuk Dr Mohd Nazri Khan dan Hasmawati melayari bahtera perkahwinan selama 20 tahun sebelum berpisah.
Rumah tangga mereka diserikan dengan kehadiran seorang cahaya mata lelaki.

Tindakan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menggantung Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSRL) milik Pengarah Eksekutif dan Pengurus Dana Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd (IPAM) Datuk Nazri Khan Adam Khan untuk tempoh enam bulan berkuat kuasa sejak 6 Oktober lalu.
Baca juga: Suami ‘hilang’ lebih 20 tahun, tiada khabar berita, apalagi beri nafkah. Akhirnya isteri...
Sumber: Mingguan Wanita
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.
The post Mahu DDNK terus kaya, bekas isteri perjelas tiada kaitan isu lesen digantung Suruhanjaya Sekuriti appeared first on Sinar Plus.


