Mahu Fazura, Estranged Bawa Keunikan Borneo Dalam Konsert Apa Khabar Teman?

26 Nov 2023 • 5:50 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

“Jika Fazura dapat sertai kami mesti lebih meriah kerana dia juga termasuk dalam perjalanan karier Estranged,” begitu harapan vokalis kumpulan tersebut Rich mengenai Konsert Estranged Apa Khabar Teman? sewaktu sidang media baru-baru ini.

Ya, selepas tujuh tahun tidak dilihat secara komersial membuat persembahan, Estranged siap bertemu semula peminat menerusi Konsert Estranged Apa Khabar Teman?.
 
Bakal berlangsung di Persada Johor, Johor Bahru pada 3 Februari, gitaris, Din Hormatov berkata hasrat melamar Fazura untuk ikut serta dalam konsert tersebut selepas mengambil kira pembabitan Fazura dalam kerjaya seni mereka.

"Kami akan kumpul semua penyanyi yang pernah berkolaborasi dengan Estranged dalam konsert nanti. 

“Fazura salah seorangnya namun semua masih dalam peringkat rundingan,” kata Din.

Fazura pernah berkolaborasi dengan Estranged menerusi single Hancur Aku pada 2015. 



















image is not available