Mahu Galakkan Orang Ramai Bercuti Dalam Negara, Tourism Malaysia & Mydin Jalin Kerjasama Menerusi Kempen ‘Jom Jalan Mydin’

LocalTravel
24 Jul 2026 • 3:58 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Semalam (23 Julai), Tourism Malaysia dan Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) telah mengumumkan kerjasama strategik menerusi kempen Jom Jalan Mydin.

Kolaborasi ini dibuat bagi merancakkan lagi sektor pelancongan negara khususnya di peringkat domestik dengan menggabungkan elemen pengalaman beli-belah dan sokongan terhadap barangan tempatan.

Bukan itu sahaja, kempen sempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) ini menggalakkan orang ramai untuk meneroka destinasi tempatan selain menikmati ganjaran membeli-belah di cawangan Mydin terpilih di seluruh negara.

Image from: Mahu Galakkan Orang Ramai Bercuti Dalam Negara, Tourism Malaysia & Mydin Jalin Kerjasama Menerusi Kempen ‘Jom Jalan Mydin’

Bukan Sekadar Pusat Beli-Belah, Mydin Jadi Platform Tawar Pengalaman Unik Kepada Pelanggan

Menurut Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Ameer Ali Mydin, beliau melihat Mydin bukan hanya sekadar pusat beli belah malah sebagai platform yang menawarkan pengalaman unik kepada pelanggan.

“MYDIN sentiasa komited dalam menyokong produk tempatan dengan menyediakan ruang kepada usahawan IKS dan PKS dari seluruh negara untuk memperkenalkan produk mereka.

“Menerusi kempen ini, kami berharap rakyat Malaysia dapat mengenali, menghargai, dan terus memilih barangan buatan Malaysia,” katanya.

Image from: Mahu Galakkan Orang Ramai Bercuti Dalam Negara, Tourism Malaysia & Mydin Jalin Kerjasama Menerusi Kempen ‘Jom Jalan Mydin’

Kempen Jom Jalan Mydin Selari Dengan Teras Tourism Malaysia, Perkasa Segmen Pelancongan Beli-Belah

Kempen Jom Jalan Mydin yang bermula dari 23 Julai sehingga 30 September 2026 itu selari dengan teras Tourism Malaysia dalam memperkasakan segmen pelancongan beli-belah yang menjadi penyumbang utama kepada pelancongan domestik negara.

Menerusi kempen ini juga, orang ramai bukan hanya digalakkan untuk melancong, malah meneroka serta membeli produk warisan tempatan dari pelbagai negeri dalam satu bumbung.

Jelas Pengarah Kanan Bahagian Pengiklanan & Digital merangkap Ketua Sekretariat Visit Malaysia 2026 (VM2026) Tourism Malaysia, Akbal Setia, pelancongan domestik negara pada suku pertama tahun ini menunjukkan perkembangan positif dengan peningkatan 7.2% berbanding tempoh sebelumnya.

Image from: Mahu Galakkan Orang Ramai Bercuti Dalam Negara, Tourism Malaysia & Mydin Jalin Kerjasama Menerusi Kempen ‘Jom Jalan Mydin’

Kempen Jom Jalan Mydin Tawar Ganjaran Menarik Kepada Pelanggan

Sepanjang kempen ini berlangsung, orang ramai berpeluang menikmati pelbagai ganjaran dan hadiah menarik yang bernilai lebih RM100,000 termasuklah tajaan pakej pelancongan domestik seperti pelayaran kapal persiaran dan penginapan dari Tabung Haji Travel.

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu membeli belah di Mydin dengan minimum RM120 dalam satu resit sepanjang peraduan berlangsung iaitu dari 1 Ogos hingga 30 September 2026.

Image from: Mahu Galakkan Orang Ramai Bercuti Dalam Negara, Tourism Malaysia & Mydin Jalin Kerjasama Menerusi Kempen ‘Jom Jalan Mydin’

Bukan itu sahaja, aktiviti Treasure Hunt yang akan berlangsung pada 23 Julai hingga 30 September 2026 di cawangan Mydin terpilih juga akan diadakan bagi memberi pengalaman unik kepada peserta dalam menyelesaikan cabaran sambil meneroka destinasi pelancongan tempatan.

Untuk menyertai aktiviti ini, anda hanya perlu berbelanja minimum RM150 dalam satu resit.

Image from: Mahu Galakkan Orang Ramai Bercuti Dalam Negara, Tourism Malaysia & Mydin Jalin Kerjasama Menerusi Kempen ‘Jom Jalan Mydin’

Aktiviti ini sekaligus menjadikan pengalaman membeli-belah lebih menarik dan interaktif disamping beramal kepada mereka yang memerlukan.

Malah, banyak lagi tawaran dan ganjaran menarik seperti 690,000 baucar untuk ditebus dan tawaran belian dengan belian menanti pelanggan sepanjang kempen Jom Jalan Mydin ini berlangsung.

Nak tahu lebih lanjut tentang Kempen Jom Jalan Mydin? Layari sahaja laman web rasmi mereka di sini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved