Mahu ikut hukum qisas, bapa amuk rupanya balas gunting rambut anak guru juga

3 Jul 2024 • 5:31 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Sejak semalam tular di media sosial apabila video bapa amuk kerana geram rambut anaknya dipotong oleh seorang guru rupanya telah menggunting rambut anak kepada guru berkenaan.

Video bapa pelajar tengking guru tular

Perkara itu dinyatakan menerusi ruangan komen apabila saksi kejadian mengatakan yang bapa kepada pelajar yang dipotong rambut menengking dan mahu mengikut hukum qisas dengan melakukan hal sama ke atas anak guru tersebut.

image is not available

Bapa amuk, potong rambut anak guru

Namun, pengguna Facebook berkenaan menyatakan yang potongan rambut dibuat bapa pelajar jelas tidak seperti yang dilakukan guru kepada anak muridnya kerana digunting dengan begitu buruk.

image is not available

Bapa amuk katanya mahu ikut hukum qisas

Ujar penyanyi nasyid yang mengaku sebagai saksi kejadian turut menyatakan yang dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana bapa pelajar tersebut mahu mengadili dan melakukan sendiri hukuman berkenaan.

Tambahnya, kejadian tersebut telah memberi kesan yang cukup mendalam buat guru tersebut serta ahli keluarganya.

image is not available

Harap sangat guru tu buat laporan

Menjengah ke ruangan komen aktivis dan juga bekas guru, Mohd Fadli Salleh, ramai yang meninggalkan komen dengan meluahkan rasa terkejut serta geram dengan apa yang dilakukan bapa kepada pelajar yang dipotong rambut oleh gurunya.

Niat baik yang mahu anak didik berdisiplin ternyata dibalas dengan beretika oleh bapa pelajar sehingga melibatkan keluarga guru berkenaan.

image is not available

Kita tunggu kemenjadian anak lelaki yang amuk tu

image is not available

Harap KPM ambil tindakan

image is not available

Mohon maaf kerana tinggalkan komen

Walau bagaimanapun, Furqan Fawwaz menerusi hantarannya di media sosial memohon maaf di atas emosinya menerusi ruangan komen apabila memberitahu tentang tindakan yang dibuat oleh bapa pelajar itu terhadap anak guru berkenaan.

Menurutnya, pada awal perkongsian video tersebut dibuat adalah untuk kesedaran tentang menghormati guru serta keberkatan dalam menuntut ilmu.

image is not available

Sumber: Facebook Mohd Fadli Salleh, Instagram Furqan Fawwaz