Mahu jaga hati isteri, Shukri Yahya elak bersentuhan dengan pelakon wanita

EntertainmentLifestyle
9 Apr 2025 • 3:59 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Aktor terkenal, Syukri Yahya berharap terus istiqamah dalam menjaga batas lakonannya apabila bergandingan dengan pelakon wanita lain dalam sesebuah karya.

Menurut laporan mStar, Shukri atau nama lengkapnya Mohd Shukri Yahya berkata mahu menjaga perasaan keluarga dan isterinya, Tya Adnan yang kini sudah tampil berniqab.

Shukri Yahya elak bersentuhan

image is not available

“Rasanya sudah tiada berlakon berpegang tangan (pelakon wanita). Semoga saya terus istiqamah, terus menjaga hati isteri saya dan keluarga.

“Doakan saya!” katanya ringkas.

Walaupun pelakon drama Andai Itu Takdirnya ini sering menjadi idola dan contoh lelaki yang setia namun, dia enggan untuk termakan dengan segala pujian daripada orang ramai.

Katanya, dia akan sentiasa berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara dan akan mengelak daripada membuat sebarang tindakan yang boleh mencemarkan nama baik keluarga.

Shukri Yahya elak bersentuhan

image is not available

“Saya tak pernah bangga dilabel sebagai lelaki setia. Saya sentiasa berpesan kepada diri sendiri supaya ingat keluarga dalam setiap apa yang dilakukan.

“Semoga saya terus istiqamah, terus menjaga hati isteri saya dan keluarga

“Saya ada isteri dan anak-anak. Apa yang saya lakukan akan beri kesan kepada mereka. Jadi saya tak mahu ada perkara tidak elok berlaku,” ujarnya.

Sekadar info, Shukri mendirikan rumah tangga dengan Tya pada 20 November 2015 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurnaikan dua orang cahaya mata.

Sumber: mStar (Farol Hadi)