
Pembinaan tugu sememangnya tak asing lagi di setiap negara sebab. Selalunya, ia dibina untuk mengenang jasa seseorang. Contohnya, Tugu Negara di Kuala Lumpur dibina untuk memperingati jasa pewira yang terkorban ketika melawan penjajah dahulu.
Namun, tugu di Jepun ini pula lain daripada yang lain kerana ia dibina berbentuk lipas sebagai tanda mengenang jasa haiwan perosak itu.
Mesti korang tertanya-tanya dah kenapa pulak nak kenang jasa lipas yang kotor kan?
Rupa-rupanya, tugu lipas di Nara, Jepun itu dibina oleh sebuah syarikat penyelenggaraan bangunan iaitu Sono & Sons di mana syarikat itu menyediakan servis kawalan serangga perosak seperti lipas, tikus dan sebagainya.
害虫駆除会社がゴキブリの慰霊のために建立した護鬼佛理天(ごきぶりてん)を村田らむさんと見に行きました。
奈良県上北山村の林泉寺というお寺の敷地内にあります。これを見るためだけに片道2時間半。
パンチのあるデザインとディテールが凄くて行った価値ありました。背中がリアル… pic.twitter.com/Rnif1CdzCD
— 小林哲朗 写真家 (@kobateck) February 26, 2022
Jadi, syarikat Sono & Sons telah membina tugu lipas itu untuk memperingati lipas-lipas yang telah mati setelah diracun oleh mereka.
Selain itu, Sono & Sons juga mahu mengenang jasa lipas-lipas berkenaan yang telah memberikan pendapatan kepada syarikat itu.

Lagi menarik, rekaan tugu lipas yang dibina di kawasan sebuah kuil berdekatan dengan Sungai Kitayama di Shirakawa, Nara itu juga sangat cool. Dah macam raksasa dalam Ultraman kan.
Difahamkan, tugu lipas itu dinamakan sebagai Gokiburi Tenzo dan ia telah dibina kira-kira lebih 20 tahun lalu, lapor SoraNews24.
Sumber: SoraNews24
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.





