Mahu ‘mantapkan’ dahulu, PM Anwar mohon sedikit masa umum kejutan istimewa

LocalPolitics
19 Jul 2025 • 12:13 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi membuatkan ramai ternanti-nanti apabila memberi bayangan akan ada satu kejutan istimewa buat rakyat, namun beliau memohon sedikit masa untuk ‘memantapkan’ terlebih dahulu pengumuman tersebut.

image is not available

Umum kejutan istimewa mungkin minggu depan

Memetik laporan daripada Buletin TV3, beliau menyatakan pengumuman berkenaan dijangka berkait rapat dengan langkah kerajaan menangani isu kos sara hidup yang semakin membebankan rakyat ketika ini.

“Masalah (yang dihadapi) negara kita adalah kos sara hidup. Nak naik gaji dan elaun penjawat awam RM10 bilion tahun ini, tahun depan tambahan RM18 bilion campur dengan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) RM13 bilion, jadi RM23 bilion.”

“Kenaikan (kos sara hidup) bukan berlaku dalam negara kita sahaja, tetapi seluruh dunia namun saya (sedang) cari jalan dan ikhtiar,” ujarnya.

image is not available

Pasukan MoF sedang tungkus lumus untuk umum kejutan istimewa

Anwar menjelaskan bahawa pasukannya di bawah Kementerian Kewangan kini sedang bertungkus-lumus mencari penyelesaian yang terbaik, dan beliau hanya mahu mengumumkan apabila semuanya telah disusun secara menyeluruh dan bersedia.

“Setiap hari di Kementerian Kewangan bergelut cari (pendekatan) yang boleh diumum dalam masa singkat, mesti umum (nak) tangani kos sara hidup. Jadi tunggu, kalau tak Isnin, Selasa ini. Dalam masa dua ke tiga hari lagi.”

“Pengumuman yang nak dibuat mesti besar, sekarang kita nak bagi mantap dulu (apa yang hendak diumumkan), doa bagi elok-elok,” katanya.

image is not available

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pelan Induk Bumiputera, Tunas MADANI dan Projek Perumahan JKPSB di UiTM Cawangan Pulau Pinang hari ini.

Terdahulu, Anwar juga ada membuat hantaran di media sosial yang memberi isyarat kepada satu bentuk penghargaan luar biasa untuk rakyat, namun tiada butiran lanjut dinyatakan ketika itu.

Sumber: Buletin TV3