Mahu Perjuangkan Hak, Puteri Sarah Liyana Teruskan Saman Fitnah & Pecah Amanah Terhadap Bekas Pekerja - “Sebab Saya Di Pihak Yang Benar, Nak Dapatkan…”

1 Aug 2024 • 3:05 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon Puteri Sarah Liyana memberitahu dia tetap berkeras mahu meneruskan tindakan  undang-undang terhadap seorang wanita bernama Nazatul Nazira. 


Yakin berada di pihak yang benar


“Saya harapkan semoga hari ini saya dapat hak yang saya perjuangkan. Saya ada memfailkan dua saman iaitu saman malu dan pecah amanah. 

“Saya mahu perjuangkan kedua-dua itu yang saya tunggu dari tahun lepas. Tengok ada atau tidak jalan penyelesaian. Kalau tiada teruskan kepada undang-undang.



 

 

 

 

Sarah bersama peguamnya, Azmi Mohd Rais hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira pukul 2.25 petang, Khamis.

Pada 24 Februari lalu, Pelakon sensasi Puteri Sarah akan mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang wanita bernama Nazatul Nazira dengan jumlah saman sebanyak RM1 juta. 

Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, berkongsi perincian saman tersebut menerusi media sosialnya.

Berdasarkan tangkap layar surat yang dikongsikan, pihak Sarah memfailkan saman tersebut disebabkan beberapa perkara termasuklah terdapat kenyataan berbaur fitnah dan tidak benar mengenai dirinya yang bertujuan menjatuhkan reputasinya.

Berdasarkan notis yang dikeluarkan, terdapat lima bukti kenyataan yang dimuat naik dalam Instagram.

Antaranya adalah menuduh Puteri Sarah mengambil dadah, menganggap diri sebagai rakan kongsi, menggelar Puteri Sarah seorang bodoh sombong, menyara atau membela individu yang dipercayai bernama ‘Andy’ dan seorang ketua yang tidak bertanggungjawab terhadap pekerja-pekerja.